KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang menampakkan impak yang baik.
Beliau berkata keadaan sekarang kelihatan agak tenang bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam Dewan Rakyat yang sedang bersidang setiap Isnin hingga Khamis.
"Di luar lebih tenang tetapi serangan terhadap kerajaan seperti dahulu sudah berkurang. Walaupun pembangkang ... saya dah beritahu mereka kekal sebagai pembangkang. Mereka kecam kerajaan itu kerja mereka, kita perlu semak dan imbang kepada kerajaan.
"Walaupun saya beritahu macam tu tapi keadaan agak kurang dari segi serangan kepada kerajaan di Parlimen. Di luar sana sangat sepi, tenang, ucapan pun tak ada yang agresif seperti dahulu setiap kali berucap mesti ada standing order (Peraturan Urusan Mesyuarat)," katanya pada sesi wawancara khas bersama editor kanan media di sini baru-baru ini.
Beliau berkata keadaan sekarang menampakkan sikap saling hormat menghormati yang semakin tinggi dalam kalangan Ahli Parlimen.
Ditanya adakah keadaan itu disebabkan oleh jalinan kerjasama kerajaan dengan pembangkang atau disebabkan oleh kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri menjawab secara seloroh: "Saya tak tahu, tak boleh nak beritahu. Ketua Pembangkang kata PM ni lebih sopan, itu pandangan peribadi,".
Semasa ditanya sama ada input pembangkang diambil kira dalam penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), beliau berkata sememangnya terdapat libat urus pembangkang serta jabatan kerajaan.
"Sebelum ni kalau buat taklimat kepada kerajaan sahaja tetapi tak buat dengan pembangkang, tetapi kali ini saya kata kita sekalikan (kerajaan dan pembangkang) semasa Unit Perancang Ekonomi (EPU) memberi taklimat.
"Tak ada gangguan, soalan tidak panas tetapi profesional kerana yang mereka mahu adalah jawapan sebenar," katanya.
Perancangan RMK12, kata beliau, disediakan secara lebih inklusif, mengambil kira input dan cadangan bukan sahaja daripada kerajaan dan pembangkang tetapi juga pihak berkepentingan termasuk sektor awam dan swasta merangkumi pakar industri dan ahli korporat, ahli akademik, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, pemimpin masyarakat, pertubuhan masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa.
Walaupun Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dengan pembangkang ditandatangani pada saat akhir pelaksanaan dokumen ini, namun terdapat beberapa pandangan yang telah diambil kira dalam memastikan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dititikberatkan dalam dokumen RMK12.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Perdana Menteri ketika wawancara khas bersama editor kanan media di Menara Parlimen baru-baru ini. - Foto BERNAMA
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.